Online Diary In a Perfect World (^^.): Rejimen Renjer DiRaja

Monday 19 March 2012

Rejimen Renjer DiRaja


HA,, THIS IS MY NEW ENTRY.... THIS IS ABOUT MY FAVERITE REGIMEN,, RRD..


Rejimen Renjer Diraja adalah salah satu dari Kor Infantri Tentera Darat, ianya adalah Rejimen yang kedua besarnya dalam Tentera Darat.  Rejimen ini adalah satu Rejimen yang unik di mana dianggotai berbagai kaum dan agama.  Selain dari anggota-anggota berbangsa Melayu, Cina dan India, ramai dari anggotanya juga terdiri dari rakyat peribumi dari Sabah dan Sarawak serta orang asli.  Anggota-anggota peribumi yang berkhidmat di dalam Rejimen ini di antaranya terdiri dari bangsa Iban, Bidayuh, Kadazan, Bajau, Kayan, Kelabit, Kenyah, Bisayah, Lundayah, Murut dan lain-lain.  Kehadiran kaum-kaum peribumi ini telah membawa satu identiti yang tersendiri bagi Rejimen Renjer Diraja.  Selain dari kaya dengan sejarah, ianya juga kaya dengan berbagai kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.  Rejimen ini juga terkenal dengan kecekapan mengesan dan menjejak musuh dan sikap keberanian anggota-anggotanya.


Cogankata Rejimen Renjer Diraja diambil dari cogankata Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang sebelumnya juga merupakan cogankata ‘Sarawak Rangers’ iaitu “AGI IDUP AGI NGELABAN” yang memberi erti “Selagi ada hayat selagi itu bersedia untuk berjuang dan berkorban”.


Warna Rejimen Renjer Diraja adalah ‘Rifle Green’ bagaimanapun warna hitam digunakan menyeluruh sebagai warna identiti Rejimen Renjer Diraja di mana warna ini telah digunakan dalam alat-alat pakaian seperti lencana pangkat, lencana bahu, lencana kolar, butang baju dan lain-lain.  Bagi mengekalkan identiti Rejimen, Jawatankuasa Pakaian Angkatan Tentera telah meluluskan pemakaian ‘hackle’, lencana kolar dan butang baju berwarna hitam.  Justeru itu Rejimen Renjer Diraja adalah merupakan satu-satunya Rejimen Tentera Darat yang telah diberi penghormatan untuk memakai ‘hackle’ hitam.




Batalion yang terdapat dalam RRd ialah: 
Batalion Pertama Rejimen Renjer DiRaja
Batalion Ke-2 Rejimen Renjer DiRaja
Batalion Ke-3 Rejimen Renjer DiRaja


 
Batalion Ke-4 Rejimen Renjer DiRaja

Batalion Ke-5 Rejimen Renjer Diraja

Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja

Batalion Ke-7 Rejimen Renjer Diraja Mekanize
Batalion Ke- 8 Rejimen Renjer Para

Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja


Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja

That's all......... SEKIAN,,,




























  




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 comments:

  1. go go rajimen....ranjer...haha... peace sis! :)

    ReplyDelete
  2. hehehheee,,, yeehhhh,,,,,, go go goooo.. hax3!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Er!n Azman