Online Diary In a Perfect World (^^.): KOR KESIHATAN DIRAJA

Sunday 18 March 2012

KOR KESIHATAN DIRAJA



Hai dan Salam 1M kepada semua,,,,
kali nie aq nk share sal ARMY lak laa,, (nie la sebenarnya tujuan aq uat blog) hehhehehhe,,,
errmm,, aq nk share sal KKD erkk...


Kor Kesihatan Diraja nie sebuah organisasi yg bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian kepada smua warga ATM. Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti RSAT, PPAT, PGAT, Institusi latihan seperti INSAN, IPP, Institut Perubatan Bawah Air dan Hospital Angkatan Tentera. Penglibatan KKD melalui projek-projek jiwa murni telah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan rancangan pembangunan Negara. Khidmat bakti perkhidmatan kesihatan dan pergigian terus berkembang maju dengan penglibatan KKD dalam misi PBB dan bantuan kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.

Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera bermula seawal sejarah perjuangan angkatan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara selepas Perang Dunia Pertama. Ancaman konfrontasi dan penglibatan dalam Peperangan Menentang Insurgensi merupakan penyumbang ke arah penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960. Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera terukir apabila Kor Ubatan dan Gigian (KUG) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967. Evolusi Kor Kesihatan Diraja terus berkembang dengan penukaran designasi kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera (KKAT) pada 10 Ogos 1988. Penganugerahan Gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7 Jun 1997 merupakan pengiktirafan negara terhadap khidmat bakti dan pengorbanan warga Kor kepada bangsa dan negara. Cogankata Kor Kesihatan Diraja ini adalah Khidmat Diutamakan.

sekian,,,,,, ASSALAMUALAIKUM... sehingga berjumpa lagi di entry yang lain,,,,

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Er!n Azman